Bismillah.. Sekadar perkongsian bersama..
ISLAM adalah agama yang hakiki dan realiti.. Bukannya agama khayalan atau melawan arus fitrah insan.. Oleh yang demikian, Islam tidak menafikan, terdapat disana perkara-perkara yang dikasihi, disukai dan dicintai oleh manusia kerana ia sememangnya merupakan kecenderungan dan fitrah setiap manusia.
Maka, seseorang manusia ini akan mengasihi keluarga, harta, tempat kediamannya. Namun tidak sepatutnya mendapat sesuatu didunia dan diakhirat lebih daripada kecintaan terhadap ALLAH dan Rasul-NYA. Jika berlaku hal yang sedemikian, maka dia adalah seorang yang kurang imannya dan WAJIB dia berusaha untuk kesempurnaan imannya.. ALLAH S.W.T telah berfirman yang bermaksud :
''Orang2 yang beriman itu sangat kuat kecintaannya terhadap Allah..'' (al-Baqarah:165)
Dunia hari ini menyaksikan umat islam tidak lagi menjulang cinta ALLAH sebagai cinta yang utama, tidak lagi mahu bermujahadah mengejar cinta Khaliqnya.. Sebaliknya, sentiasa bersemangat memperjuangkan cinta kepada dunia dan hamba2 dunia. Saban waktu berusaha mengenali hati kekasihnya tetapi tidak pernah sesaat sang hamba berusaha mengenali Khaliqnya dan kekasih-NYA yang sepatutnya menjadi cinta awal dan akhirnya. Menyebut cinta kepada ALLAH atau menyebut nama2 ALLAH terasa seperti tawar dan hambar, tetapi menyebut cinta manusia terasa sungguh bahagia dan menyeronokkan.. Kenapa tragedi ini boleh berlaku, sedangkan ALLAH bersifat Maha Sempurna, manakala manusia bersifat dengan segala kekurangan.. Mencintai ALLAH tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati.. Allah memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan, dan kebaikan.. Cinta kepada-NYA pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmatdan rahsia yang seni. Pendek kata, akal yang singkat turut mengatakan , ALLAH paling layak dicintai kerana DIA memiliki segala ciri2 yang diinginkan oleh seseorang kekasih.. Perkara paling pantas untuk menarik seseorang mencintai ALLAH ialah dengan merenung kemuliaan dan kemurahan ALLAH yang sentiasa mencurahkan segala nikmat-Nya pada setiap masa dan ketika. pada setiap hembusan nafas dan degupan jantung..
TANDA CINTA KEPADA ALLAH..
Orang yang mencintai ALLAH sentiasa mengutamakan apa yang disukai ALLAH daripada kesukaan zahir dan batin. Maka dia akan sentiasa merindui amal yang mendekatkan dia dengan KEKASIHnya dan menjauhkan diri daripada mengikut nafsunya sebagai tawanan dan kekasihnya, sedangkan orang yang mencintai ALLAH akan meninggalkan kehendak dirinya dan nafsunya kerana kehendak Kekasihnya.. Bahkan, apabila kecintaa ALLAH telah dominan dalam diri seseorang, dia tidak akan lagi rasa seronok selain dengan Kekasihnya. Sebagaimana diceritakan, setelah Zulaikha beriman dan bernikah denga Nabi Yusuf a.s, maka dia sering sendirian bersunyi-sunyian beribadat serta tidak tertarik dengan Nabu Yusuf a.s sebagaimana sebelumnya.
Apabila Yusuf a.s bertanya, maka sia berkata "wahai Yusuf! Aku mencintai kamu sebelum aku mengenali-Nya. Tetapi, selepas aku mengenali-Nya, tidak ada lagi cinta melainkan kepada-Nya, dan aku tidak mahu sebarang gantian." (Ihya' Ulumuddin, Imam al-Ghazali jilid 5 H:225). Kecintaan kepada Allah merupakan sebab Allah mencintainya.. Apabila Allah mengasihinya, maka ALLAH akan melindungi dan membantunya menghadapi musuh2 nya. Musuh manusia itu ialah nafsunya sendiri. Orang yang mencintai ALLAH kegembiraannya dan keseronokkan bermunajat kepada ALLAH dan membaca kitab-Nya. Dia melazimi solat tahajjud dan bersungguh2 beribadah pada waktu malam yang sunyi dan tenang.. Sesiapa yang merasakan tidur dan berbual2 lebih lazat daripada bermunajat kepada ALLAH, orang yang mencintai ALLAH tidak merasa tenangmelainkan dengan Kekasihnya.. Firman ALLAH yang bermaksud : "(iaitu) orang2 yang beriman dengan tenang tenteram hati merekadengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullahitu, tenang tenteram lahh hati manusia." (al-Ra'd:28) orang yang telah mengenali, mengecapi cinta ALLAH tidak akan tertarik dengan cinta selain ALLAH. Itulah magnet cinta Allah.. Alangkah ruginya hatimu yamg mana hatimu tidak ingin tahu mengenal cinta ALLAH, malah lebih mengagungkan cinta manusia yang tiada penghujungnya.. Ingatlahh, berilah cinta itu kepada orang yang betul2 halal kepadau mencintainya, agar redha ALLAH mengiringi kita ..
P/S : maaf andai ada yang kurang sempurna, sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH :)
Friday, 8 June 2012
Monday, 4 June 2012
IBU ..
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum :) Haa, sebenarnya nak cerita pasal seorang wanita yang sangat tabah yang bergelar ibu.. Walau macam mana pun anak dia melawan cakap dia, dia still layan anak dia macam tak jadi apa2 kan? Subhanallah.. Hebadnya wanita yang bergelar ibu nie kan :) **neh dari pengalaman saya sendiri** admit, saya belum sempurna untuk menjadi anak yang solehah dan sedang berusaha ke arah itu.. Ibu, seriously, ibu lahh cinta saya selepas Allah dan Rasul-Nya.. Thanks for everything sayang.. Semoga Allah sentiasa 'menjodohkan' kita hingga ke Syurga :)
Tuesday, 15 May 2012
HUSNUZON DENGAN MASA DEPAN ..
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM .. dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Husnuzon dengan masa depan.. post saya untuk entry kali ini setelah setahun tak post apa-apa :) macam mana saya dapat idea untuk entry kali ini? kisahnya bermula begini.. hari ini tepat 15 hari saya belajar di KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH dalam bidang DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM PENGKHUSUSAN DAKWAH DAN PENGURUSAN.. Alhamdulillah ^___^ sebenarnye gini.. hari tuhh, masa klas matematik, pensyarah saya cakap bidang DAKWAH dan SYARIAH dah terlau ramai orang ceburi.. takut nantii susah nak dapat kerja.. gitu lahh dia kata.. saya mula terfikir, ''aduhhh, betul kee cos yang aku nak ambil nehh.. atau perlu tukar cos lain?? " .. kepala dah mula pening time tuhh .. akhirnyaa dapat idea untuk mintak pendapat kakak senior saya time kat sekolah iaitu kak NURAIN TARMIZI :) Alhamdulillahh .. kak ain cakap, rezeki tuhhh hanya pada Allah.. paling penting kene HUSNUZON DENGAN MASA DEPAN.. InsyaAllah .. thanks kak ain :) kerana dirimu begitu berharga ...
okayy .. nak kenal kan :) kak ain yang menjadi inspirasi kami (junior irshadiah) ialah yang pakai spek mata yuhh . comel kann ? love youu kak ^___^
okayy .. nak kenal kan :) kak ain yang menjadi inspirasi kami (junior irshadiah) ialah yang pakai spek mata yuhh . comel kann ? love youu kak ^___^
Monday, 29 August 2011
amalkan ehh : )
Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah
dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
aurat wanita ISLAM dengan BUKAN ISLAM : )
Aurat bermaksud bahagian tubuh yang tidak patut diperlihatkan kepada orang lain. Wanita wajib menjaga diri jangan sampai memperlihatkan auratnya kepada sesiapapun yang tidak diizinkan melihatnya. Begitu juga halnya lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan wanita tidak boleh melihat aurat sesama wanita. Daripada Abu Said al Khudri Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Jangan hendaknya lelaki melihat aurat lelaki lain, dan wanita melihat aurat wanita lain. Dan jangan lelaki tidur satu selimut dengan lelaki lain dan wanita satu selimut dengan wanita lain..." (HR Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Hadis diatas menjelaskan tentang aurat wanita sesama wanita muslimah dilarang melihatnya, apakah lagi dengan wanita kafir jelas dilarang dan berdosa jika wanita muslimah menunjukkan auratnya, kerana dikhuatirkan menimbulkan fitnah yang besar terhadap orang Islam. Begitu juga dilarang wanita muslimah tinggal serumah dengan wanita bukan Islam kerana dapat menimbulkan fitnah dan bahaya yang sangat besar terhadap jiwa dan agama kaum muslimah.
Hadis diatas menjelaskan tentang aurat wanita sesama wanita muslimah dilarang melihatnya, apakah lagi dengan wanita kafir jelas dilarang dan berdosa jika wanita muslimah menunjukkan auratnya, kerana dikhuatirkan menimbulkan fitnah yang besar terhadap orang Islam. Begitu juga dilarang wanita muslimah tinggal serumah dengan wanita bukan Islam kerana dapat menimbulkan fitnah dan bahaya yang sangat besar terhadap jiwa dan agama kaum muslimah.
Rasulullah juga ada menjelaskan tentang bagaimana kehancuran orang-orang bani Israel disebabkan oleh pergaulan mereka dengan orang-orang kafir dan mengikuti cara kehidupan mereka. Oleh sebab itu hindarilah perbuatan tinggal serumah dengan orang yang bukan Islam kerana ia mengganggu akidah dan ibadah kita.
BERTUDUNG .. tapi , mendedahkan AURAT ..
Dalam Al Quran surah Al Ahzab ayat 59 menjelaskan bahawa pakaian taqwa seorang wanita adalah melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Jadi jika hanya sekedar menutup bahagian kepala sedangkan bahagian bawah dagu terdedah bagi memperlihatkan perhiasan mereka, maka hukumnya tetap haram dan berdosa. Pakaian tudung dengan mendedahkan aurat lain seperti bawah dagu (dada), betis, seluar ketat dan sebagainya merupakan pakaian fesyen bukan pakaian takwa yang diperintahkan oleh syarak.
Subscribe to:
Comments (Atom)



