Friday, 8 June 2012

DIMANAKAH CINTAMU UNTUK ALLAH..

Bismillah.. Sekadar perkongsian bersama..

ISLAM adalah agama yang hakiki dan realiti.. Bukannya agama khayalan atau melawan arus fitrah insan.. Oleh yang demikian, Islam tidak menafikan, terdapat disana perkara-perkara yang dikasihi, disukai dan dicintai oleh manusia kerana ia sememangnya merupakan kecenderungan dan fitrah setiap manusia.
Maka, seseorang manusia ini akan mengasihi keluarga, harta, tempat kediamannya. Namun tidak sepatutnya mendapat sesuatu didunia dan diakhirat lebih daripada kecintaan terhadap ALLAH dan Rasul-NYA. Jika berlaku hal yang sedemikian, maka dia adalah seorang yang kurang imannya dan WAJIB dia berusaha untuk kesempurnaan imannya.. ALLAH S.W.T telah berfirman yang bermaksud :
''Orang2 yang beriman itu sangat kuat kecintaannya terhadap Allah..'' (al-Baqarah:165)
Dunia hari ini menyaksikan umat islam tidak lagi menjulang cinta ALLAH sebagai cinta yang utama, tidak lagi mahu bermujahadah mengejar cinta Khaliqnya.. Sebaliknya, sentiasa bersemangat memperjuangkan cinta kepada dunia dan hamba2 dunia. Saban waktu berusaha mengenali hati kekasihnya tetapi tidak pernah sesaat sang hamba berusaha mengenali Khaliqnya dan kekasih-NYA yang sepatutnya menjadi cinta awal dan akhirnya. Menyebut cinta kepada ALLAH atau menyebut nama2 ALLAH terasa seperti tawar dan hambar, tetapi menyebut cinta manusia terasa sungguh bahagia dan menyeronokkan.. Kenapa tragedi ini boleh berlaku, sedangkan ALLAH bersifat Maha Sempurna, manakala manusia bersifat dengan segala kekurangan.. Mencintai ALLAH tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati.. Allah memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan, dan kebaikan.. Cinta kepada-NYA pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmatdan rahsia yang seni. Pendek kata, akal yang singkat turut mengatakan , ALLAH paling layak dicintai kerana DIA memiliki segala ciri2 yang diinginkan oleh seseorang kekasih.. Perkara paling pantas untuk menarik seseorang mencintai ALLAH ialah dengan merenung kemuliaan dan kemurahan ALLAH yang sentiasa mencurahkan segala nikmat-Nya pada setiap masa dan ketika. pada setiap hembusan nafas dan degupan jantung..

TANDA CINTA KEPADA ALLAH..
Orang yang mencintai ALLAH sentiasa mengutamakan apa yang disukai ALLAH daripada kesukaan zahir dan batin. Maka dia akan sentiasa merindui amal yang mendekatkan dia dengan KEKASIHnya dan menjauhkan diri daripada mengikut nafsunya sebagai tawanan dan kekasihnya, sedangkan orang yang mencintai ALLAH akan meninggalkan kehendak dirinya dan nafsunya kerana kehendak Kekasihnya.. Bahkan, apabila kecintaa ALLAH telah dominan dalam diri seseorang, dia tidak akan lagi rasa seronok selain dengan Kekasihnya. Sebagaimana diceritakan, setelah Zulaikha beriman dan bernikah denga Nabi Yusuf a.s, maka dia sering sendirian bersunyi-sunyian beribadat serta tidak tertarik dengan Nabu Yusuf a.s sebagaimana sebelumnya.
Apabila Yusuf a.s bertanya, maka sia berkata "wahai Yusuf! Aku mencintai kamu sebelum aku mengenali-Nya. Tetapi, selepas aku mengenali-Nya, tidak ada lagi cinta melainkan kepada-Nya, dan aku tidak mahu sebarang gantian." (Ihya' Ulumuddin, Imam al-Ghazali jilid 5 H:225). Kecintaan kepada Allah merupakan sebab Allah mencintainya.. Apabila Allah mengasihinya, maka ALLAH akan melindungi dan membantunya menghadapi musuh2 nya. Musuh manusia itu ialah nafsunya sendiri. Orang yang mencintai ALLAH kegembiraannya dan keseronokkan bermunajat kepada ALLAH dan membaca kitab-Nya. Dia melazimi solat tahajjud dan bersungguh2 beribadah pada waktu malam yang sunyi dan tenang.. Sesiapa yang merasakan tidur dan berbual2 lebih lazat daripada bermunajat kepada ALLAH, orang yang mencintai ALLAH tidak merasa tenangmelainkan dengan Kekasihnya.. Firman ALLAH yang bermaksud : "(iaitu) orang2 yang beriman dengan tenang tenteram hati merekadengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullahitu, tenang tenteram lahh hati manusia." (al-Ra'd:28) orang yang telah mengenali, mengecapi cinta ALLAH tidak akan tertarik dengan cinta selain ALLAH. Itulah magnet cinta Allah.. Alangkah ruginya hatimu yamg mana hatimu tidak ingin tahu mengenal cinta ALLAH, malah lebih mengagungkan cinta manusia yang tiada penghujungnya.. Ingatlahh, berilah cinta itu kepada orang yang betul2 halal kepadau mencintainya, agar redha ALLAH mengiringi kita ..


P/S : maaf andai ada yang kurang sempurna, sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH :)

No comments:

Post a Comment